DEMAM !!!

 

Apakah itu demam?

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi normal  dalam range 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan peningkatan pada titik set ini mengerakkan ton otot dan menggigil seluruh badan.

Suhu normal bagi yang manusia biasa normal

Suhu tubuh manusia yang normal diatur oleh system thermostat di dalam otak yang membantu suhu tubuh diantara 36.5C dan 37.5C.

Bagaimana Demam Terjadi ??

Haba badan manusia terhasil akibat daripada proses penjanaan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti badan seperti pergerakan otot. Semasa sihat, penjana utama datang dari hati manakala ketika bersenam pula otot menjadi pengeluar haba utama. Proses penjanaan haba ini dipengaruhi oleh hormon badan dan otak. Di dalam keadaan normal, suhu badan ditentukan oleh proses penjanaan dan juga proses kehilangan haba.

Punca demam.

  • Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga,
  • Cirit birit, denggi, dan HIV.
  • Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia),
  • Batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
  • Demam malaria
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
  • Barah

Tanda dan gelaja orang yang demam.

  1. Badan akan rasa panas bila disentuh
  2. Pernafasan meningkat dari seperti baisa
  3. Muka menjadi merah
  4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur (dah ada tuh petanda)
  5. Resah gelisah yang berpanjangan.
  6. Selera makan, hilang.
  7. Menggigil

Tindakan yang perlu dilakukan sekiranya demam.

  1. Biarkan, bagi mereka yang demam itu, berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
  2. Pakaikan pakaian nipis.
  3. Minum air sebanyak yang mungkin, air suam pun sudah cukup bagus.
  4. Makan ubat atas nasihat doktor, jangan sembarang jer. (panadol mungkin berkesan).
  5. Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C.

Sumber : http://zikrihusaini.com/takrif-demam-punca-dan-rawatan-susulan/

Leave a comment